CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, June 28, 2008

Al-Fatihah

Assalamualaikum,

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH.

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB.

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU.

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK.

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
.

6. Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'.

Dalam ayat ke 6, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!

7. SIROTHOLLAZI sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8. AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA... dua harakat, MIN... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat, Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Thursday, June 19, 2008

NICE - Istimewa Tiada Dua


NICE tampil dengan imej remaja ceria dan aktif serta gaya tersendiri dan konsep album yang menggabungkan genre muzik pop dakwah dan genre muzik R&B dijangka mudah untuk mendekati golongan rakan sebaya, memandangkan remaja pada hari ini memerlukan sesuatu yang lebih segar dan suntikan pembaharuan dalam genre nasyid tanahair yang bermatlamat untuk menaikkan kembali zaman kegemilangan nasyid yang semakin pudar sejak akhir-akhir ini.


Dengan niat untuk menarik minat rakan remaja agar sama-sama meminati genre muzik nasyid yang berkonsepkan pop dakwah dan R&B, maka NICE telah ditubuhkan melalui satu uji bakat dan setelah beberapa tapisan dibuat akhirnya kami terpilih sebagai artis pertama NAZZ Music Entertainment. NICE dianggotai oleh Muhd. Safwan Jahri ( bekas anggota aeman ), Muhd. Afiq Hamdan, Mohd. Izwan Musai dan Wan Mohd.Taqiuddin Wan Hussin.


NICE ditakrifkan sebagai “Networked Individual Calibrated for Exploration” yang membawa maksud sekumpulan individu yang berhubung baik antara satu sama lain yang bermatlamat untuk menentu ukur penjelajahan mereka di dalam industri nasyid supaya diterima sehingga ke seluruh dunia.


NICE menampilkan konsep album yang menggabungkan genre muzik ‘pop arabic’ dan R&B yang segar dan bertujuan untuk meperluaskan penerimaan pendengar dan menarik minat pencinta muzik dari genre lain. Sasaran utama kumpulan nasyid NICE adalah penuntut – penuntut IPT, peminat peminat nasyid selain ‘mass market’ secara amnya.


Album ini mempunyai kekuatan utama yang tersendiri apabila penghasilannya melibatkan kolaborasi bersama penyanyi tersohor negara yang juga guru vokal NICE iaitu Hazami. Hazami telah melibatkan diri secara aktif dengan NICE bukan sahaja dalam aspek penciptaan dan penerbitan lagu, malah juga dalam susunan vocal. Hazami sendiri telah menyumbangkan 3 lagu penuh + 1 lagu interlude untuk album ini.

Nice - Nur Muhammad



Ada cinta bila mengingatimu
Bagai cahaya menusuk dikalbu
Kata rindu, berselawat selalu
Kan disyafaat disuatu waktu



Saiyidina Muhammad, Penghulu Nabi-Nabi
Saiyidina Muhammad, kekasih yang dikasih
Saiyidina Muhammad, Penghulu Nabi-Nabi
Saiyidina Muhammad, Kekasih yang dikasih

Kau insan yang terpilih
Kau insan yang tertinggi
Kau insan yang mulia
Selawat ke atasmu

Lagu/Lirik : Putra Aiman (Hijjaz Records)

[Download]

Nice - Istimewa Tiada Dua

Di mana letaknya
Sebuah cinta yang sejati
Cuma sementara
Tiada yang abadi

Diriku tersisih
Menagih sebutir harapan
Selalu merintih
Namun tiada jawapan
Lalu ku beralih arah
Temui kasih tiada bandingan
Yang satu selamanya
Ya ALLAH….

Di mana hilang sebuah cinta sejati
Ku mencari kasih tulus suci
Ku bahgia KAU selalu menemani
Kala hatiku sunyi….

Ya…
Ya Rahman..
Ya Rabbi…Ya Allah
Ya Rabbi…Ya Allah
Ya Rabbi…Ya Allah
Ya Allah….

Lagu/Lirik : Hazami (Music & Me Entertainment)
Pengarah/Penerbit Vokal : Hazami (Music & Me Entertainment)

Nice - Delusi Ummi

Kau sentuh cahaya dengan jemari mu
Dibalik tabir mimpi di raungan merindu
Mengimbas figura di kesumba senja
Tak siapa mendengar ratap hati bonda
Di hadap ranumnya kasih yang manis bermadu
Mengapa kau hanya mengunyah pahit hempedu

Ummi engkau berdelusi
Impian ilusi
Mimpi jadi ngeri mengusik dinihari
Ummi engkau kehampaan
Dambaan igauan janji hanya mainan
Gurauan di bibir kau kutip jadi sandaran

Keperitan itu teman mu yang sejati
Di hujungnya bahgia menanti
Bersama harapan dan pengorbanan diri
Terus berbakti

Resahmu sembunyi dalam riuh ketawa
Sebak dada tidak ketara
Tenangnya wajah tabah kau hadapi
Kerana kau yakin Tuhan lebih mengasihi

Ummi…


Lagu : Fadzli Far East (Gurindam Entertainment)
Lirik : Ito Lara (Gurindam Entertainment)

Nice - Bicara Hatiku

Dalam lesu
Kau masih tersenyum
Walaupun terlihat duka tangisanmu
Merindukan warna kedamaian
Menanti bahagia beraja di situ

Bilakah….
Kan berakhir kisah derita
Apakah... tiada penghujungnya
Manakah jawapannya

Laungkan tulus kasihmu seluruh alam
Hingga bisa menggegar bumi
Moga mereka terima utusan salam
Tanda kau masih di sini

Khabarkan kepada mereka
Masih ada cinta mewangi di sini
Dan khabarkan kepada dunia
Damai yang kau cari
Akan kau miliki
Pasti….


Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Atie (Hijjaz Records)

Nice - Doa

Pernahkah dikau rasa
Bagaikan berputus asa
Fikiran bak gerhana
Menanti terbit cahaya

Kepayahan hanya dengan sementara
Berkat doa kan berakhir

Pabila merasa hilang bahagia
Redhakan dirimu menerimanya
Andai kesusahan menjadi ujian
Tetapkan imanmu, usah hilang pengharapan
Pintalah di ketika
Hidup dikelam nestapa
Semoga dikuatkan
Hati dengan kesabaran

Kepayahan hanya dugaan sementara
Berkat doa kan berakhir jua
Pabila merasa hilang bahagia
Redhakan dirimu menerimanya
Andai kesusahan menjadi ujian
Tetapkan imanmu, usah hilang pengharapan

Sesungguhnya setiap manusia
Ada ketikanya resah menempuh usia
Pohonlah semoga kau berbahagia
Berserah kepada Yang Maha Esa

Di kala kesulitan
Tabahkan dirimu kawan
Tadah tapak tanganmu
Di situlah ketenangan
Percayalah….

Lagu : Hazami (Music & Me Entertainment)
Lirik : Neal (Music & Me Entertainment)

Nice - Sesekali Diuji

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa
Huhh……..

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah
Ohh….

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
Ohh….


Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Lukhman S (BMG Music Publishing)

Nice - Metafora

Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana

Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan

Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu naïf untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi

Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh….

Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri


Lagu : Nazri Abdul Rahman (Nazz Music Entertainment)
Lirik : Ito Lara (Gurindam Entertainment)

Nice - Sesuci Mariam

Hati mana yang tidak gembira
Bakal memiliki cahayamata
Penyambung zuriat keturunan
Hadir membawa bahagia

Namun dalam kegembiraan itu
Terselit duka yang meruntun kalbu
Insan yang bakal dilahir ke dunia
Tak tahu asal usulnya

Ribut pasir di gurun membara
Tak sehebat kalut di dalam jiwa
Apa jawabmu bila ditanya….
Janin yang membesar di rahimmu…siapa bapanya
Sedang dirimu yang masih suci tiada ternoda

Saidatina Mariam perawan mulia
Tabah kau hadapi dugaan melanda
Saidatina Mariam wanita solehah
Kebenaran terbukti pada yang tak bersalah

Akhlak yang terpuji dan berperibadi yang tinggi
Menjadi pakaian dan perhiasan diri
Sehingga Allah memilih rahimmu yang suci murni
Untuk menghamilkan Isa…seorang nabi

Kau solehah...


Lagu : Putra Aiman (Hijjaz Records)
Lirik : Alif Lam Ra (Gurindam Entertainment)

Nice - Syukurlah

Sesungguhnya manusia umat yang alpa
Kerana terlalu asyik dgn dunia
Lupakan segala yg sementara
Hanya sesaat abdikanlah jiwa

Lihatlah di sekitar duniamu kini
Penuh dengan kebencian tak peduli
Rasa belas bagaikan tiada erti
Pulanglah ke jalan yang mengasihani

Bersyukurlah pada yg maha Esa
Kerna Dialah yg abadi dan hakiki
Bersyukurlah pada yg Maha Esa
Kerna dari hati kan lahir ketenangan

Apakah yang harus lagi di cari
Dimanakah nilai ketenangan diri
Takkan dijumpa berkiblatkan duniawi
Genggam pada janji syurga yang pasti


Lagu : Damian VE(Hishouse Production)
Lirik : Laydee dee (A-Range Publishing)

Nice - Ampun

Saat kehilangan
Harapan dan keupayaaan
Berperang dihati mencari harga diri ini
Dimana kekuatan terlantar kehampaan

Dan kini sendiri alami
Kesakitan yang tak terperi
Cari ketenangan hilang
Oh dimana….

Terasa….
Ingin ku kembali kepada masa yang silam
Menebus dosa kemungkaran
Kerna kealpaan kumohon
Keampunan….
Oh Tuhanku sujud padaMu
Kini hanya pada KAU kumampu untuk berserah


Lagu/Lirik : Hazami (Music & Me Entertainment)
Pengarah/Penerbit Vokal : Hazami (Music & Me Entertainment)

Monday, June 16, 2008

Rahsia Bulan Islam

Muharram

Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi b*d*h jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat

Safar

Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.

RabiulAwal

Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.

RabiulAkhir

Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JamadilAwal

Mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang b*d*h atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga.

JamadilAkhir

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab

Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Syaaban

Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan

Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.

Syawal

Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijah

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan.

Rahsia Bulan Kafir

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar.
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan.

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logic.

Saturday, June 14, 2008

Pemasangan Kabel Gentian Optik Dan Kabel STP Dalam Sistem Pengawasan Control & Relay Panel

Pemasangan Kabel Gentian Optik Dan Kabel STP Bagi Sistem Pengawasan Control & Relay Panel bagi ‘Substation Interrogation and Monitoring System Overview Diagrams).

Pemasangan ini dibuat di Pencawang Masuk Utama (PMU), TNB. Pemasangan ini dilakukan kerana disetiap rack ataupun ia dipanggil Panel mempunyai sebuah equipment yang akan mengawal Panel tersebut yang dipanggil Relay. Relay tersebut akan mengawasi keseluruhan Panel tersebut dan disetiap awalan Panel akan diletakkan sebuah alat yang akan membawa data dari Panel ke SIMS iaitu Fiber Optic Converter (FOC).

Selebihnya boleh mendownload file di bawah untuk keterangan lanjut.

Pemasangan Secara Manual Penyambungan RJ – 45 Pada Kabel UTP

Pemasangan ini juga dilakukan apabila perlu, sebagai contoh jarak satu equipment ke satu equipment yang satu lagi lebih kurang 30 atau 40 meter, tatkala inilah terpaksa melakukan pemasangan ini. Punca kepada masalah ini adalah perbandingan jarak.

Ada beberapa kategori kabel UTP yaitu dari kategori 1 - 6 yang sering digunakan, untuk LAN biasanya kategori 5 atau sering disebut cat-5.

Jenis

Kelajuan Maksima

Kegunaan

Katergori 1

4 – 5Mb/s

Telefon

Katergori 2

4- 5 Mb/s

Local talk

Katergori 3

10 Mb/s

Data Ethernet

Katergori 4

16 Mb/s – Token ring
20 Mb/s

Ethernet

Katergori 5

100 Mb/s

Fast Ethernet

Katergori5e

100 – 1000 Mb/s *

Fast Ethernet

Katergori 6

1000Mb/s

Giga Ethernet

Jadual Jenis-jenis katergori kabel UTP

Secara fisik, kabel Unshielded Twisted Pair (UTP) terdiri atas empat pasang dawai medium. UTP digunakan sebagai media networking dengan impedansi 100 Ohm. UTP memiliki diameter eksternal 0.43 cm, hal ini memudahkan dalam melakukan instalasi. UTP juga men-support arsitektur-arsitektur jaringan pada umumnya sehingga menjadi sangat populer.

Selebihnya boleh mendownload file di bawah untuk keterangan lanjut.

Pemasangan Secara Manual Untuk FAST – ST Connector

Pemasangan Secara Manual Untuk ‘FAST – ST Connector’. FAST yang membawa maksud ‘Field Assembly with Simple Technique’. Tugas-tugas ini juga dilakukan apabila perlu, sebagai contoh ‘equipment’ yang memerlukan penyambung SC terpaksa ditukarkan dengan penyambung SC walaupun kabel itu penyambung lain, seperti ST, LC dan sebagainya. Kadangkala penyelesaian kepada masalah tersebut adalah dengan menukarkan penyambung lain dengan ‘SC Connector’.

FAST – SC adalah satu rangkaian dari ‘SC Connector’, yang mana tidak perlu memakai peralatan yang canggih untuk membaikinya. Ciri-ciri yang terdapat pada FAST – SC, seperti tidak memerlukan peralatan / perkakasan yang mahal, boleh dipasang / ‘termination’ dimana-mana tempat yang memerlukannya dan sebagainya.

Tempat – tempat yang boleh dipasang atau digunakan, seperti ‘premise environments’, ‘connections at the desk for LAN environments’, ‘patch panels’, ‘direct equipment termination’, ‘fiber to the Subscriber (FTTx) applications’ dan ‘repair/replacement requirements’.

FAST – SC ada memiliki dan mempunyai reka bentuk yang tersendiri untuk kedua-dua jenis ‘fiber’ iaitu φ250μm untuk ‘singlemode’ dan φ900μm untuk ‘multimode’.

Selebihnya boleh mendownload file di bawah untuk keterangan lanjut.

MaxCell® Innerduct

MaxCell® Innerduct adalah system ‘conduit’ yang fleksibel serta ‘Multi-Celled’. Ia boleh / dapat mengurangkan kos ataupun biayaan dalam menggunakan kabel komunikasi sebanyak 90%.

Dengan standard 100 @ 107 mm mainduct, dengan standard saiz kabel gentian optic (Max. OD, 21 mm) pemasangan boleh maksimumkan sebayak 9 OPC boleh dipasang. Dengan MaxCell Innerduct, mainduct yang digunakan iaitu ruangnya boleh memaksimumkan sebanyak 45%.

MaxCell® Innerduct terdiri daripada bentuk dan rupa dari Polyester Monofilament dan Nylon 6 Monofilament. Polyester Monofilament berfungsi sebagai garisan melintang, manakala Nylon 6 Monofilament berfungsi sebagai garisan menegak, dan seterusnya digabungkan maka jadilah MaxCell Innerduct.

Pre-lubricated ialah sejenis minyak yang diminyakkan bersama-sama dengan MaxCell Innerduct kerana ia bertujuan / menjamin geseran semasa penarikkan kabel nanti. Tali yang ada didalam MaxCell Innerduct itu bertujuan untuk menarik kabel apabila masa pemasangan kabel dikemudian hari.

MaxCell® Innerduct dicipta berdasarkan saiz kabel seperti OD kabel itu sendiri, seperti 26 mm ialah jenis 7126 – x dan 10 mm ialah jenis 3310 – x.

Perbandingan diantara pemasangan MaxCell dengan Subduct adalah berbeza sama ada dari segi pemasangan, masa, kos dan sebagainya. Proses penyelesaian secara Subduct hanya menggunakan 12% ruang dari keseluruhan tiub dan menganggap 3 kabel yang dapat dipasang, manakala proses penyelesaian secara MaxCell pula hanya menggunakan 37% ruang dari keseluruhan tiub dan menganggap 9 kabel yang dapat dipasang.

Selebihnya boleh mendownload file di bawah untuk keterangan lanjut.

Tips-2x Pemakanan

TABIAT MAKAN YANG BURUK
*************************************

-Sarapan-
Nasi lemak, mee goreng, roti canai, roti disapu dgn mentega, telur goreng, karipap & jemput2 goreng.

-Minum Pagi-
Kuih, kek, coklat & kuih yg bergoreng.
Kopi + susu pekat manis

-Makan Tengahari-
Nasi goreng, mee goreng, nasi + ikan goreng, sayur goreng, rendang daging, kari atau gulai yg menggunakan santan.
Minuman berkarbonat + daging burger, kentang goreng & donut.

-Minum Petang-
Kek berkrim, kek coklat, kuih manis kuih yg bergoreng spt goreng pisang, popia goreng karipap.
Teh + gula + susu pekat manis atau susu segar yg penuh lemak.

-Makan Malam-
Nasi putih + daging goreng, udang masak kari, gulai ayam, sayur lobak & ubi kentang. Puding kastad atau kek.

-Makan Tengah Malam-
Biskut berkrim, kek coklat, roti, mentega atau keju.
Minuman bercoklat + susu + gula + susu penuh krim.


TABIAT MAKAN YANG BAIK
**********************************
-Sarapan-
Roti Bakar pnuh bijirin disapu dgn mentega & telur rebus.
Teh + susu rendah lemak.

-Minum Pagi-
Biskut lemak
Kopi & susu rendah lemak

-Makan Tengahari-
Nasi putih & ikan bakar, sup sayur, ayam goreng tanpa kulit, roti dgn majerin lembut yg mengandungi rendah lemak.
Minuman rendah kalori.

-Minum Petang-
Kek buah, sekeping goreng pisang sebiji karipap.
Teh + susu rendah lemak.

-Makan Malam-
Sup sayur, sup ayam, ubi kentang, kastard bersusu rendah lemak
Susu rendah lemak.

-Makan Tengah Malam-
Biskut tawar
Susu rendah lemak + koko.


TABIAT MAKAN TERBAIK
*******************************
-Sarapan-
Bijirin yg mengandungi tinggi serat spt emping beras, bijirin jagung + susu rendah lemak atau roti penuh bijirin dgn majerin lembut.
Teh + susu rendah lemak

-Minum Pagi-
Buah2an spt epal, jambu batu, betik & oren
Kopi + susu rendah lemak.

-Makan Tengahari-
Sandwich, roti penuh bijirin + majerin lembut, sup sayur + ikan bakar atau ikan rbus, buah2an.
Air suam

-Minum Petang-
Popia basah & buah2an
Teh + susu tepung rendah lemak

-Makan Malam-
Nasi putih, sup sayur yg dicampur dgn isi ayam, roti penuh bijirin, rojak atau salad sayuran & buah2an.
Susu tanpa lemak

-Makan Tengah Malam-
Roti kering penuh bijirin
Susu tepung rendah lemak + horlicks

Kabel Local Area Network (LAN) Di Dalam Sistem Komunikasi Data

Kabel merupakan satu media di mana maklumat berhijrah dari satu peranti rangkaian ke satu peranti rangkaian yang lain. Terdapat beberapa jenis kabel yang biasa digunakan di dalam Rangkaian Kawasan Setempat (LAN). Terdapat beberapa situasi di mana rangkaian hanya membenarkan satu jenis kabel sahaja yang boleh digunakan namun begitu terdapat juga situasi di mana kombinasi lebih dari satu jenis kabel dibenarkan.

Pemilihan jenis-jenis kabel adalah berkaitrapat dengan topologi, protokol dan saiz rangkaian. Memahami kriteria-kriteria bagi jenis-jenis kabel yang berlainan dan perkaitannya dengan aspek lain di dalam rangkaian adalah perlu untuk perkembangan sistem rangkaian yang berjaya.

Jenis-jenis kabel yang digunakan di dalam rangkaian ialah seperti:

  • Kabel Tidak Berlapik Pasangan Berpintal (Unshielded Twisted Pair – UTP).
  • Kabel Berlapik Pasang Berpintal (Shielded Twisted Pair – STP).
  • Kabel Sipaksi (Coaxial).
  • Kabel Fiber Optik.
  • Penghantaran tanpa Wayar (Wireless Transmission).

Selebihnya boleh mendownload file di bawah untuk keterangan lanjut.

DOWNLOAD LINK

Friday, June 13, 2008

Berzakat Sifat Orang Beriman

SAYYID Qutub berkata: "Di sebelah lembaran yang bertentangan dengan lembaran yang menayangkan kekafiran dan dosa serta ancaman terhadap pendokong-pendokong sistem riba itu ditayangkan pula keimanan dan amalan yang soleh, sifat-sifat kelompok mukmin dalam aspek ini dan tapak asas kehidupan yang ditegakkan di atas sistem zakat yang bertentangan dengan sistem riba."Firman Allah SWT: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan solat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. (al-Baqarah: 277 & 278)

Sayyid Qutub berkata: "Unsur yang muncul di lembaran ini ialah unsur zakat, iaitu unsur pengorbanan tanpa gantian dan pulangan. Ayat ini memperlihatkan sifat orang yang beriman dan asas masyarakat mukmin, kemudian menayangkan gambaran keamanan, ketenteraman dan keredaan Allah yang dilimpahkan ke atas masyarakat mukmin ini.

Zakat merupakan tapak asas masyarakat yang bertakaful dan saling bantu-membantu, iaitu masyarakat yang tidak memerlukan kepada jaminan sistem riba di dalam mana-mana aspek kehidupan.

Gambaran zakat telah menjadi kabur di dalam perasaan kita dan dalam perasaan generasi umat Muslimin yang malang yang tidak pernah melihat sistem Islam dilaksanakan di alam kenyataan. Mereka ini pula tidak pernah melihat sistem itu dibangunkan di atas kefahaman keimanan, didikan keimanan dan akhlak keimanan untuk membentuk jiwa manusia dengan pembentukan istimewa.

Kemudian membangunkan untuk mereka satu sistem yang dapat melahirkan kefahaman mereka yang betul, akhlak mereka yang bersih dan budi pekerti mereka yang tinggi. Kemudian ia menjadikan zakat sebagai asas sistem ini untuk menggantikan sistem jahiliah yang ditegakkan di atas asas riba dan menjadikan hidup manusia berkembang subur. Seterusnya ekonomi mereka meningkat maju melalui usaha perseorangan atau melalui usaha saling bantu membantu yang bersih daripada riba.

Gambaran zakat telah menjadi semakin kabur sehingga generasi pada zaman sekarang ini memikirkannya sebagai derma belas kasihan individu yang sangat kecil yang tidak boleh dibangunkan di atas asasnya satu sistem yang moden, tetapi hasil zakat itu amatlah besar.

Ia memungut dua setengah peratus daripada harta modal orang ramai dan keuntungannya. Ia dikeluarkan oleh orang yang dicipta dan didikan oleh Islam dengan didikan istimewa melalui bimbingan perundangan dan sistem hidup yang membuat pemikiran mereka mengatasi hati nurani mereka yang tidak pernah hidup di dalam sistem ini.

Ia dipungut oleh kerajaan Islam sebagai satu bayaran yang wajib bukan sebagai derma kasihan belas individu. Dengan hasil pungutan zakat inilah kerajaan dapat membantu kelompok Muslimin yang lemah hasil pendapatan peribadi mereka supaya setiap orang merasa bahawa hidupnya dan hidup anak-anaknya adalah terjamin dalam segala keadaan dan supaya yang berhutang dapat dibayar hutangnya daripada hasil pungutan zakat sama ada hutang perniagaan atau bukan perniagaan.

Yang penting bukannya bentuk sistem itu, tetapi jiwa dan semangatnya. Masyarakat yang dididik oleh Islam melalui bimbingan, undang-undang dan peraturannya adalah sebuah masyarakat yang sepadu dengan bentuk sistem dan tata caranya, sepadu dengan undang- undang dan bimbingan-bimbingan. Daripada hati nurani dan susunan masyarakat yang sepadu inilah lahirnya semangat takaful.

Hakikat ini mungkin tidak dapat difahami orang yang lahir dan membesar di bawah naungan sistem kebendaan yang lain, tetapi bagi kita selaku penganut Islam itulah hakikat yang kita kenali dan kita kecapi dengan selera keimanan kita.

Dan jika mereka tidak merasakan kecapan ini kerana nasib mereka yang malang dan kerana nasib umat manusia yang dipimpin mereka juga malang.

Maka biarlah ini menjadi habuan mereka dan biarlah mereka dinafikan daripada menikmati kebaikan yang disampaikan berita baiknya oleh Allah kepada orang yang beriman, yang mengerjakan amalan yang soleh, mendirikan solat dan menunaikan zakat itu.

Biarlah mereka dinafikan daripada menikmati ketenteraman dan kepuasan di samping dinafikan daripada ganjaran dan pahala. Kerana mereka dinafikan daripada kenikmatan itu dengan sebab kejahilan, jahiliah, kesesatan dan kedegilan mereka sendiri.

Firman Allah SWT: Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.

Ibnu Jauzi berkata: Tiga pendapat ulama berkenaan dengan sebab turun ayat ini:

Diturunkan kepada Bani Amr bin Umai daripada Qabilah Thaqif dan Bani Mughighah dan Bani Makhzum di mana Bani Mughigah mengambil riba daripada Bani Thaqif. Apabila Allah mengharamkan riba Bani Thaqif meminta kepada Bani Mughighah harta mereka terdahulu, kemudian turunnya ayat ini. Inilah pendapat Ibnu Abbas.

Diturunkan kepada Uthman dan Abbas, kedua-duanya melakukan pembelian saham berkenaan dengan tamar sedangkan tuan tamar berkata jika kamu mengambil harta kamu maka tiadalah yang kekal di sisiku keluarga yang tidak mencukupi. Adakah boleh bagi kamu mengambil separuh dahulu dan aku gandakan untuk kamu? Kemudian kedua-duanya lakukan apabila sampai tempoh kedua-duanya meminta penambahan, hal ini sampai kepada Rasullullah SAW dan menegahnya. Lantas turunnya ayat ini.

Diturunkan kepada Abbas dan Khalid bin al-Walid yang menjadi rakan kongsi pada zaman jahiliah dengan cara memberi pinjaman dalam riba, kemudian datangnya Islam sedangkan harta mereka banyak terbabit dalam riba. Lantas turunnya ayat ini.

Al-Maghaghi berkata: "Pada ayat ini mengisyaratkan besarnya dosa riba sehingga siapa yang tidak meninggalkan riba akan dijanji balasan dan tidak dikira sebagai ahli iman yang baginya mempunyai kekuasaan untuk melakukannya balasannya akan kekal dalam neraka. Dengan sebab beriman sebahagian daripada agama dan kufur dengan sebahagian yang lain tidak menepati kepatuhan amalan sebenarnya begitu juga tidak dikira iman yang sebenarnya".

Utamakan Akikah Daripada Ibadat Korban

SEBENARNYA kita boleh melakukan ibadah akikah ke atas diri kita bila-bila masa sahaja, kerana ibadah akikah tidak seperti ibadah korban yang biasanya dilakukan pada hari-hari tasyrik pada bulan Zulhijjah.

Sepatutnya tanggungjawab melakukan akikah di bawah tanggungan ayah. Tetapi harus si datuk melakukan akikah untuk cucunya seperti baginda Rasulullah SAW melakukan akikah untuk kedua-dua cucu baginda iaitu al-Hasan dan al-Husein.

Namun mungkin kerana kegawatan ekonomi menyebabkan akikah tidak dapat dilaksanakan, jadi tidak salah. Malah sah hukumnya dan tetap mendapat pahala sekiranya tuan punya diri melakukan ibadah akikah untuk diri sendiri.

Hal ini dapat kita lihat dalam beberapa riwayat bagaimana Rasulullah SAW melakukan ibadah akikah untuk diri baginda.

Adapun persoalan yang mana perlu diutamakan, jawapannya ialah akikah, kerana yang tertanggung ke atas kita sejak kita lahir ialah akikah. Sehinggakan dalam hadis Rasulullah SAW menyebut “terikat” atau “tertanggung” ke atas anak-anak yang lahir.

Ini bermaksud tanggungan yang terawal ialah akikah. Maka adalah lebih utama kita mendahulukan tuntutan yang terawal. Walaupun demikian ada pandangan ulama yang mengira ibadah korban dapat melupuskan tuntutan akikah seperti pendapat Ibn Sirin dan al-Hasan al-Basri.

Namun pandangan ini berbeza dengan pandangan jumhur ulama yang berpendapat kedua-dua ibadat itu tidak dapat ganti-mengganti antara satu sama lain. Malah kedua-dua ibadat sunat muakkad itu dilakukan berasingan.

Sekiranya duit yang cukup untuk melakukan ibadat akikah, maka lakukan ibadah akikah dahulu. Apabila sudah ada rezeki barulah buat ibadah korban.

Dari segi bahasa, akikah adalah rambut di kepala kanak-kanak. Sementara pengertian akikah dari segi syarak ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi.

Akikah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah SWT sebagaimana penjelasan Rasulullah dengan sabdanya yang bermaksud: “Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan akikahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama”. (riwayat Abu Dawud, al-Turmidzi dan Ibnu Majah)

Ibnu Majah menerangkan maksud “... terpelihara dengan akikah...” (pada mafhum hadis di atas) adalah bahawa akikah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba memesongkannya daripada melakukan kebaikan.

Daripada Salman bin Amir al-Dhabley, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Untuk anak lelaki itu akikahnya. Tumpahkan atasnya darah dan hilangkanlah daripadanya kekotoran dan najis”. (Riwayat Abu Daqud, al-Turmidzi dan Ibnu Majah).

Menurut Imam Ahmad bin Hanbal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diakikahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya di akhirat kelak.

Hukum akikah itu adalah sama dengan ibadah korban iaitu sunat muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

Penyembelihan akikah adalah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke-14 atau ke-21. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.

Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengakikahkan untuk dirinya sendiri.

Bagi anak zina, akikahnya sunat dilakukan oleh ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Ibnu Hajar dan Syeikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunat bagi ibu mengakikahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.

Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing.

Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah SAW memerintahkan para sahabat agar menyembelih akikah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (riwayat al-Turmidzi).

Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan bahawa Rasullullah SAW menyembelih akikah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (riwayat Abu Dawud)

Berbohong Untuk Berpoligami

POLIGAMI merupakan satu tanggungjawab, bukannya hak. Sebab itulah Allah berfirman bahawa keadilan merupakan faktor paling penting untuk berpoligami.

Kerajaan Malaysia amat mengambil berat persoalan keadilan ini. Undang-undang keluarga Islam tentang poligami telah dirangka supaya faktor keadilan dijadikan kayu pengukur bagi suami-suami yang berhasrat berpoligami. Justeru, dalam memberikan keizinan, mahkamah akan melihat pelbagai sudut.

Selain melihat kepada kemampuan kewangan, mahkamah tentunya ingin melihat kepada keupayaan suami memberi layanan sama rata kepada semua isterinya. Malah, mahkamah juga akan menyiasat perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie (bahaya yang menyentuh isteri mengenai agama, nyawa, tubuh badan, akal fikiran, akhlak atau harta benda mengikut kebiasaan yang diakui oleh hukum syara’) kepada isteri yang sedia ada. (Sila rujuk Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, seksyen 23(4) perenggan (a), (b), (c) dan (d)).

Tentunya mahkamah memerlukan keterangan daripada isteri sedia ada untuk mendapatkan maklumat-maklumat ini. Ini merupakan peluang bagi isteri-isteri menyuarakan pandangan mereka berkenaan perkahwinan poligami suami mereka, kerana sudah tentunya isteri-isteri sedia ada akan terbabit sama dalam senario poligami ini. Malah, aspek keadilan adalah selaras dengan firman Allah berkaitan poligami.

Ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan poligami ialah surah an-Nisa’ ayat 3: Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi, dua, tiga atau empat, tetapi jika takut tidak dapat berlaku adil (terhadap isteri-isteri), maka kahwinilah seorang sahaja … yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.

Surah an-Nisa’ ayat 129: Dan kamu sekali-kali tidak dapat berlaku adil di antara isteri-isteri, walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian.

Faktor kemampuan kewangan adalah antara perkara penting yang dilihat oleh mahkamah. Dalam kes Rajamah lwn. Abdul Wahab (1990) 7 JH 171, Jawatankuasa Ulang Bicara Syariah di Selangor telah membatalkan kelulusan permohonan poligami suaminya kerana mendapati suami tidak mampu dari segi kewangan.

Memberi keterangan palsu kepada mahkamah adalah satu kesalahan dan boleh dihukum. Tindakan suami puan berbohong mengenai pendapatannya akan mendatangkan masalah kepadanya. Ini juga menunjukkan peribadinya yang kurang elok dan kemungkinan besar tidak layak berpoligami.