CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, December 27, 2008

Hafiz Hamidun - Kasih Belum Termiliki

Telah aku renangi
Lautan bergelora
Hanya untukku menggenggam kasihmu

Telah ku persembahkan
Seluruh rona jiwa
Jadi bingkisan
Semahu kau pinta

Apa lagi perlu
Aku perkorbankan
Buat membuktikan niat ini
Akan terzahir ke mata

Apa lagi perlu
Aku laksanakan
Untuk kau selami dan mengerti
Kejujuran perasaan

Jika ku masih gagal meyakinkan sebuah keikhlasan
Khabarkanlah kesilapanku

Keperitan rintangan
Persis mawar berduri
Petanda KASIH BELUM TERMILIKI

Artis: Hafiz Hamidun
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Ad Samad & Hafiz Hamidun

Friday, December 26, 2008

Salima - Kisah Kasih

Di matamu dapatku melihat
Warna-warna cinta yang terbias
Redup mata bak berbicara
Semakin lama semakin jelas
Ketulusanmu

Di hatimu ku bisa bayangkan
Kerinduan yang tidak tertanggung
Namun hanya ku yang merasa
Getarannya bila dilanda
Sebuah cinta

Kasih mengapa kau tegar
Mendua cinta yang telah terzahir kepadaku
Di mana kesetiaan
Yang sering kau ungkap menjadi pembuktian kasih

Apakah aku yang memungkiri
Sehingga perginya cinta ini
Jauh terpulau ku bersendiri
Melayari sepi

Yang tertinggal cukuplah sesal
Hanya aku yang masih tertunggu
Bila kisah kasih kan hadir
Untuk kau ukir indah namaku
Menjadi arca di hatimu

Artis: Salima
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Hafiz Hamidun dan Salima

Tuesday, December 23, 2008

Huruf Pertama Nama Anda

Assalamualaikum,

Sekadar renungan..............

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A : Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B : Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C : Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D : Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E : Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F : Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G : Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan
ketika rakannya sedang tekun.

H : Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I : Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J : Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K : Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L : Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M : Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N : Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O : Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P : Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q : Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R : Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S : Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T : Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U : Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V : Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W : Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X : Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y : Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z : Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Wallahu a’lam.

Asal-usul api di dunia ini

Assalamualaikum,

Sekadar renungan..............

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : Wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam as.
Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril : Sebesar kurma...
Zabaniah : Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari ap i neraka utk di bawa ke dunia. Maka jibril as un mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70


Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan diatas sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg sering kita gunakan utk berbegai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi.

PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

Wallahu a’lam.

Friday, October 10, 2008

Rabi'ah al-'Adawiyah

Assalamualaikum,

Sekadar renungan..............

Secara faktanya, Rabi'ah al-'Adawiyah merupakan seorang yang benar-benar wujud dan meninggal pada tahun 135 atau 185 Hijrah. Hal itu diperselisihkan oleh para ulama. Menurut sebahagian ulama beliau meninggal di Kota Basrah. Peribadi beliau banyak dibahaskan oleh para ulama sama ada dahulu dan kini. Antara ulama yang pernah memberikan komentar mengenai Rabiah al-Adawiyah ini ialah al-Zahabi dalam kitab beliau Siyar A'lam Nubalak dan Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya Fatawa al-Mu'asirah.

Abu al-Barra’ Samah bin Yasin al-Ma’aani

Beliau ditanya: Adakah pernah salah seorang ulama semasa memperkatakan tentang Rabiah ini?

Jawabnya:
Apa yang dinyatakan di bawah ini adalah nukilan daripada pendapat-pendapat ulama yang tsiqah. Merekalah yang memberitakan kepada kami bersumberkan al-Kitab, sunnah dan pendapat ahli al-‘Ilm yang muktabar.

Siapakah Rabi’ah al-‘Adawiyyah
Seorang yang luas pengetahuan, zuhud, khusyuk dan masyhur sebagai paling kuat beribadah. Namanya Ummu ‘Amru Rabi’ah Binti Ismail al-‘Adawi, hamba keluarga ‘Atik iaitu Bani ‘Adawah. Sebab itulah dia digelar Rabi’ah al-‘Adawiyyah. Sebahagian pendapat mengatakan kuniyahnya Ummu al-Khair. Lahir di Bandar Basrah. Pendapat paling tepat, lahir pada 100 H / 718 M.

Rabi’ah menghafal al-Quran, kuat beribadah dan bertahujud malam. Ulama berselisih pendapat mengenai kehidupan harian Rabi’ah. Sebahagian berpendapat, dia tidak mempunyai rumah, harta, suami dan hanya sebagai hamba.

Ibn Katsir r.h berkata:
“Kebanyakan ulama memuji beliau. Cuma Abu Daud al-Sijistani menuduh beliau sebagai zindiq (cinta yang melampau terhadap TUHAN). Mudah-mudahan sampai berita kepada tantang pujian ulama itu.” – Rujuk al-Bidayah wa al-Nihayah.

Dalam kenyataan yang lain:
“Para ulama banyak menyebut tentang kehidupan Rabi’ah dan amal solehnya. Beliau berpuasa di siang hari dan berjaga di malam hari.” – Rujuk al-Bidayah wa al-Nihayah.

Abu Said al-A’rabi berkata:
“Tentang Rabi’ah, ramai juga masyarakat mengambil ilmu pengetahuan daripadanya. Antara mereka termasuk Sufyan al-Tsauri, Syu’bah dan ramai lagi. Ini membuktikan bahawa terbatal segala dakwaan palsu terhadapnya.”

Imam al-Dzahabi menentang keras perbuatan al-Hulul, iaitu zuhud melampau dan kononnya TUHAN bersemadi di dalam diri. Apatah lagi ungkapan-ungkapan batil dinisbahkan kepada Rabi’ah al-‘Adwiyyah kononnya itulah yang ditunjukkan oleh Rabi’ah. – Rujuk Kitab Nuzhah al-Fudola’ Tahzib Siyar A’lam al-Nubala’ karya Imam al-Dzahabi, jil. , ms. 635 dan al-Bidayah wa al-Nihayah karya Ibn Katsir, jil. 10, ms. 186.

Antara kata-kata melampau terhadap beliau ialah Rabi’ah telah melakukan tawaf terhadap patung. Sebenarnya, apa yang dimaksudkan dengan melakukan tawaf terhadap Rabbul Bait (Tuhan Rumah) ialah dia melakukan solat di dalamnya.

Menurut Syeikh Abdul Rahman al-Suhaim, Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah r.h telah menegaskan perkara ini. Katanya:
“Sesiapa yang berkata begini sebenarnya dia telah melakukan penipuan terhadap Rabi’ah. Sesiapa berkata begini sebenarnya dia telah kufur dan wajib bertaubat, Jika tidak bertaubat dia hendaklah dibunuh.”

Kezuhudan dan sufi melampau menyebabkan seseorang sanggup berbohong dan menyalahgunakan nama baik seseorang. Umpamanya perbuatan sufi melampau bernama Ibn ‘Arabi al-Tooi al-Hululi. Kononnya mereka meniru gaya hidup Rabi’ah tetapi sebenarnya mereka telah mereka-reka kezuhudan sendiri lalu dinisbahkan kepada Rabi’ah.

Begitu juga kononnya mereka melakukan zuhud seperti Abdul Qadir al-Jailani tetapi perbuatan mereka sebaliknya. Sama juga kezuhudan golongan pelampau syiah (Rafidah) terhadap Ja’far al-Sodiq dan Ali bin Abu Talib.

Menurut Kitab al-Ma’arif al-Islamiyyah, jilid 11, muka surat 440:
“Setelah mengasingkan diri daripada keluarganya, Rabi’ah telah pergi ke tengah padang pasir dan menetap di sana. Kemudian dia berpindah ke Basrah lalu orang ramai mengerumuni beliau untuk menimba ilmu akhlak. Antara mereka Malik bin Dinar, Rabah al-Qaisi, Sufyan al-Tsauri dan Syaqiq al-Balkhi.”

Beliau wafat pada tahun 135 H / 751 M ketika umurnya belum sempat mencecah 80 tahun. Menurut Ibn al-Jauzi di dalam kiitabnya Syudzur al-‘Uqud, beliau meninggal pada tahun 185 H / 801 M dan inilah pendapat paling tepat.

Kuburnya terletak di sebelah barat Bandar al-Quds, Palestin di atas Bukit Tur. Untuk mengetahui kisahnya yang sahih secara lanjut, sila rujuk kitab:
1. Al-A’lam, jilid 3, muka surat 3.
2. A’lam al-Nisa’, jilid 1, muka surat 430.
3. Wafayat al-A’yan, jilid 2, muka surat 285.
4. Syadzarat al-Dzahab, jilid 1, muka surat 193.
5. Al-Bidayah wa al-Nihayah, jilid 10, muka surat 186.

Hakikatnya, ramai di kalangan srikandi Islam yang lebih baik dan lebih bersih peribadinya untuk dijadikan contoh tauladan. Antara mereka isteri-isteri Nabi s.a.w yang merupakan wanita-wanita yang dijamin syurga oleh nas syarak, anak-anak baginda sendiri seperti Fatimah, Zainab, Ummi Kaltsom, Ummu Sulaim, Ummu Hani, wanita wanita terdahulu seperti Maryam binti 'Imran, Asiah isteri Firaun dan ramai lagi tokoh wanita yang diyakini peibadinya yang bertepatan dalam nas al-Quran dan hadis.

Wallahu a’lam.

Benarkah doa orang kafir lebih dimakbulkan berbanding doa seorang muslim?

Assalamualaikum,

Sekadar renungan..............


Segala amal ibadat seperti solat, puasa, haji, doa, zikir dan sebagainya yang dilakukan oleh orang yang kufur pada ALLAH tidak akan diterima oleh-NYA. Mana mungkin kita membandingkan orang doa orang Islam dengan orang kafir. Perbadingan ini adalah tidak berasas sama sekali. Firman ALLAH S.W.T:

"Dan tidak ada yang menghalangi mereka untuk diterima sedekah-sedekah mereka melainkan kerana mereka kufur kepada ALLAH dan Rasul-NYA dan (kerana) mereka tidak mengerjakan solat melainkan dengan keadaan malas dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci." – Surah al-Taubah: 54.

Syarat doa diterima oleh ALLAH ialah:

  1. Berdoa dan meminta pertolongan semata-mata pada ALLAH tidak melalui perantaraan yang lain.
  2. Menggunakan salah satu daripada cara ,i>bertawasul iaitu melalui amal soleh, menyeru dengan asma al-Husna dan meminta orang soleh mendoakan.
  3. Bersabar menunggu doa itu diterima dan jangan tergesa-gesa mengharap agar doa itu dimakbulkan.
  4. Bukan doa yang membabitkan perbuatan dosa atau memutuskan silaturahim.
  5. Bersangka baik dengan ALLAH bahawa doa itu akan diterima sama ada lambat atau cepat.
  6. Khusyuk dengan hati dengan perasaan merasakan kebesaran TUHAN yang diserunya.
  7. Makan daripada perkara halal dan baik.
  8. Tidak melampau ketika berdoa kerana ALLAH tidak suka orang yang melampau.
  9. Jangan sampai doa menyebabkan kamu lalai daripada ibadah fardu.

Mengenai kesenangan yang mereka kecapi di dunia ini, berbanding kesusahan yang ditempuh oleh orang mukmin, maka itu merupakan ujian dan rahmat ALLAH terhadap umat Islam yang beriman. Semua itu akan mendatangkan pahala dan balasan yang baik di akhirat kelak. Firman ALLAH S.W.T:


"Dan (ingatlah), semasa orang-orang kafir didedahkan kepada neraka (serta dikatakan kepada mereka): Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya. Maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik." – Surah al-Ahqaf: 20.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Dunia adalah penjara mukmin dan syurga kafir." – Hadis riwayat Muslim.

Ujian yang ditimpakan kepada orang mukmin mengandungi pelbagai hikmah terhadap seorang mukmin itu sendiri. Sama ada dunia atau ahirat.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnya pahala yang paling besar datang bersama musibah yang besar. Sesungguhnya jika ALLAH menyintai sesuatu kaum, DIA akan menguji mereka. Sesiapa yang redha, maka dia akan mendapat keredhaan (ALLAH) dan sesiapa yang marah maka dia akan mendapat murka-NYA." – Hadis hasan riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah.

Wallahu a’lam.

Thursday, October 9, 2008

Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita

Assalamualaikum,

Sekadar renungan..............


Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

  1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan.
  2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
  3. Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
  4. Lelaki yang tenang dan lapang dada.
  5. Lelaki yang baik sangka.
  6. Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
  1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
  2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
  3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
  4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat. " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Wallahu a’lam.

8 Petanda Dia Adalah Soulmate (Jodoh) Kamu

Assalamualaikum,

Sekadar renungan..............

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya.
Benarkah seperti itu?

Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2

Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3

Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4

Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5

Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6

Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7

Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8

Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu
temukan padanya?

Wallahu a’lam.

Saturday, October 4, 2008

Tanah, Api, Air atau Angin

Assalamualaikum,

Sekadar renungan..............

Yang mana menggambarkan diri anda..

Yang mana menggambarkan diri anda atau saudara wanita anda atau teman wanita anda atau kekasih anda atau isteri anda?

WANITA TANAH

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April - 20 Mei), Virgo (24 Ogos - 23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari).

  1. Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
  2. Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
  3. Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
  4. Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana.
  5. Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

WANITA API

Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac - 20 April), Leo (24 Julai - 23 Ogos) dan Sagittarius (23 November - 21 Disember).

  1. Dilahirkan sebagai pemimpin.
  2. Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
  3. Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
  4. Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
  5. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
  6. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
  7. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

WANITA ANGIN

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei - 21 Jun), Libra (24 September - 23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari - 19 Februari).

  1. Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
  2. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
  3. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
  4. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. *Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul untuk berkonfrantasi.
  5. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
  6. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun - 23 Julai), Scorpio (24 Oktober - 22 November) dan Pisces (20 Februari - 20 Mac).

  1. Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
  2. Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
  3. Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
  4. Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

Wallahu a’lam.

Nilai Tudung Seorang Wanita

Assalamualaikum,

Sekadar renungan..............

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.

Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya.

Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.

Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian. Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan.

Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.

Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh.

Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain, jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam.

Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.


Wallahu a’lam.

Wednesday, August 20, 2008

Apakah Solat Menghormati Waktu ?

Assalamualaikum,

Sekadar renungan..............

Pengenalan

Solat menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat. Solat ini WAJIB di qada semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat kembali. Kita juga boleh mengqada' solat solat hormat waktu ini secara jama' ataupun qasar dengan syarat kita masih berada di dalam musafir.

Apbila kita telah kembali ketempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada' secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayammun bagi megqada' solat maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah.

Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada' solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa.

Wallahu a’lam.

Solat Dalam Kenderaan

Assalamualaikum,

Sekadar renungan..............

Pengenalan

Seseorang yang sedang bermusafir dibolehkan menunaikan solat di tempat duduknya di dalam kenderaan. Ia dibolehkan jika didapati sukar untuk mencari tempat selat semasa dalam perjalanan ataupun kenderaan yang dinaiki itu tidak berhenti.

Demikian juga jika kita sukar untuk mendapatkan air wuduk, kita boleh menunaikan solat tapa wuduk tetapi solat tersebut hanya dikira sebagai menghormati waktu dan WAJIB di qada' kemudiannya. Jika ianya solat sonat tidak perlu mengqada'nya. Solat dalam kenderaan juga boleh dijamak atau diqasarkan setelah cukup syarat-syaratnya.

Panduan Solat Dalam Kenderaan :

  1. Duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk dalam kenderaan.
  2. Menghadap ke arah kiblat dengan berpandukan kompas atau kaedah yang sesuai walaupun tidak semestinya tepat. Memadai juga jika kita meyakini arah kiblat itu hanya pada awal solat sahaja ketika takbitarul ihram.
  3. Niatkan solat yang hendak kita tunaikan itu ketika takbiratul ihram.
  4. Bacaan surah dalam solat adalah sama sepertu solat biasa.
  5. Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat iaitu dengan menundukkan sedikit kepala serta badan dan kedua tangan di letakkan pada lutut.
  6. Sujud pula dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk.
  7. Duduk diantara dua sujud, duduk tahiyat awal dan akhir masih kekal sepeertu biasa dengan duduk di kerusi kenderaan.
  8. Kita tidak perlu mengubah tempat duduk untuk membetulkan arah kiblat jika kenderaan yang kita naiki itu sering bertukat arah.

Wallahu a’lam.

Solat Musafir

Assalamualaikum,

Sekadar renungan..............

Pengenalan

Dalam islam terdapat beberapa kelonggaran yang diberikan di dalam solat kepada para musafir yang keluar dengan tujuan yang baik. Ia merupakan satu keringanan yang diberikan oleh Allah sebagai rahmat kepada seluruh umat Islam.

Terdapat beberapan perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya ingin menunaikan solat musafir tersebut. Antaranya :

Amalan Sunat Sebelum Musafir :

  1. Tujuan is bermusafir adalah dengan niat yang baik bukan atas tujuan maksiat, ini semoga perjalanannya itu sentiasa diberkati oleh Allah.
  2. Menunaikan 2 rakaat solat sunat musafir sebelum berangkat.
  3. Memulakan musafir pada hari khamis ataupun Isnin. Elakkan bermusafir seorang diri, sunat membawa teman.
  4. Meminta kaum keluarga supaya mendoakan kita agar selamat dalam perjalanan.
  5. Membaca doa ketika hendak keluar dari rumah dan juga menaiki kenderaan.
  6. Jika jarak yang hendak dituju itu melebihi dua marhalah (60 batu/ 96.6 KM) maka disunatkan kita untuk menjamak dan mengqasarkan solat.Wallahu a’lam.

Wallahu a’lam.

Panduan Menentukan Arah Kiblat

Assalamualaikum,

Sekadar renungan..............

Terdapat beberapa kaedah bagi menentukan arah kiblat seperti berpandukan kepada matahari selain daripada menggunakan kompas penunjuk. Panduan ini amat perlu pelajari kerana mungkin pada suatu masa kita akan berhadapan dengan situasi yang terdesak seperti di tengah-tengah hutan belantara, pada malam yang gelap gelita, atau pada musim cuaca yang tidak menentu maka bagaimakah kita hendak menentukan arah kiblat?

Di bawah ini beberapa panduan yang boleh digunakan bagi tujuan menenjukan arah kiblat :

Kaedah 1 :

  • Pada waktu malam yang gelap maka carilah bintang tiga sederet dalam bentuk Buruj Belatik (Badabur Orion). Namun kaedah ini memerlukan kepada pengetahuan ilmu bintang.

Kaedah 2 :

  • Dengan memandang ke arah langit pada malam gelap gelita dan carilah bintang Qutbi (Polaris) . Inilah satu-satunya bintang paling tepat arah utara bumi. Dengan berpandukan bintang ini, arah kiblat boleh dicari tatapi kaedah ini juga memerlukan pada pengetahuan ilmu bintang.

Kaedah 3 :

  • Jika pada waktu siang hari bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit dan juga terbenam. Arah terbit adalah pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat.

Kaedah 4 :

  • Dengan menggunakan posisi awal matahari di Kaabah. Kaedah ini adalah berpandukan kepada kedudukan matahari yang akan berada tepat pada suatu tempat. Bagaimanapun kaedah ini hanya boleh berlaku dua kali sahaja dalam setahun dalam pergerakan matahari.
  • Sekali apabila matahari bergerak menuju titik utara iaitu pada 28 Mei setiap tahun dan sekali lagi pada 16 Julai apabila matahari kembali ke ekuinok.
  • Penzawalan matahari dengan Kaabah pada waktu hampir zohor akan menyebabkan sebarang objek menjadi tegak di seluruh dunia dan ianya bersamaan dengan arah kiblat.
  • Mengikut hisab waktu berkenaan ialah 16:16 tengahari watu di makkah dan bersamaan 5:16 petang waktu di Malaysia. Pacakkan sebarang tiang di kawasan yang lapang untuk menentukan arah kiblat.
  • Tepat jam 5:16 petang bayang matahari yang jatuh itu adalah bertepatan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari jatuh di sebelah barat maka bayangnya adalah disebelah timur,jadi arah kiblat ialah arah yang berlawanan dari arah timur iaitu sebelah barat.

Wallahu a’lam.

Enam Pertanyaan Imam Ghazali

Assalamualaikum,

Sekadar renungan..............

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA : Beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.

KEDUA : Beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA : Beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT : Beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA : Beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM : Beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Wallahu a’lam.

Thursday, August 14, 2008

Mana Lebih Makbul, Doa Orang Kafir Atau Muslim

Assalamualaikum,

Sekadar renungan..............

Segala amal ibadat seperti solat, puasa, haji, doa, zikir dan sebagainya yang dilakukan oleh orang yang kufur pada ALLAH tidak akan diterima oleh-NYA. Mana mungkin kita membandingkan orang doa orang Islam dengan orang kafir. Perbadingan ini adalah tidak berasas sama sekali. Firman ALLAH S.W.T:

"Dan tidak ada yang menghalangi mereka untuk diterima sedekah-sedekah mereka melainkan kerana mereka kufur kepada ALLAH dan Rasul-NYA dan (kerana) mereka tidak mengerjakan solat melainkan dengan keadaan malas dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci." – Surah al-Taubah: 54.

Syarat doa diterima oleh ALLAH ialah:

1. Berdoa dan meminta pertolongan semata-mata pada ALLAH tidak melalui perantaraan yang lain.

2. Menggunakan salah satu daripada cara ,i>bertawasul iaitu melalui amal soleh, menyeru dengan asma al-Husna dan meminta orang soleh mendoakan.

3. Bersabar menunggu doa itu diterima dan jangan tergesa-gesa mengharap agar doa itu dimakbulkan.

4. Bukan doa yang membabitkan perbuatan dosa atau memutuskan silaturahim.

5. Bersangka baik dengan ALLAH bahawa doa itu akan diterima sama ada lambat atau cepat.

6. Khusyuk dengan hati dengan perasaan merasakan kebesaran TUHAN yang diserunya.

7. Makan daripada perkara halal dan baik.

8. Tidak melampau ketika berdoa kerana ALLAH tidak suka orang yang melampau.

9. Jangan sampai doa menyebabkan kamu lalai daripada ibadah fardu.

Mengenai kesenangan yang mereka kecapi di dunia ini, berbanding kesusahan yang ditempuh oleh orang mukmin, maka itu merupakan ujian dan rahmat ALLAH terhadap umat Islam yang beriman. Semua itu akan mendatangkan pahala dan balasan yang baik di akhirat kelak. Firman ALLAH S.W.T:

"Dan (ingatlah), semasa orang-orang kafir didedahkan kepada neraka (serta dikatakan kepada mereka): Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya. Maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik." – Surah al-Ahqaf: 20.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Dunia adalah penjara mukmin dan syurga kafir." – Hadis riwayat Muslim.

Ujian yang ditimpakan kepada orang mukmin mengandungi pelbagai hikmah terhadap seorang mukmin itu sendiri. Sama ada dunia atau ahirat.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnya pahala yang paling besar datang bersama musibah yang besar. Sesungguhnya jika ALLAH menyintai sesuatu kaum, DIA akan menguji mereka. Sesiapa yang redha, maka dia akan mendapat keredhaan (ALLAH) dan sesiapa yang marah maka dia akan mendapat murka-NYA." – Hadis hasan riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah.

Wallahu a’lam.

Kiblat Masjid Dikeliling Kubur

Assalamualaikum,

Sekadar renungan..............

Pendapat paling tepat antara perselisihan para ulama, tidak sah solat di dalam masjid atau surau sama ada perkuburan di arah kiblat atau di sekelilingnya. Justeru, tidak wajib menghadirkan diri ke masjid sebegitu. Kamu berhak memilih masjid atau surau yang tidak dikelilingi perkuburan. Sabda Rasulullah s.a.w:

“ALLAH melaknat kaum yahudi dan kristian yang gemar menjadikan kubur para nabi mereka sebagai masjid.” – Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Dalam riwayat lain:

“Ingatlah! Umat sebelum kamu gemar menjadikan kubur para nabi dan orang soleh antara mereka sebagai masjid. Ingatlah! Jangan sesekali kamu menjadikan kuburan sebagai masjid kerana aku melarang perbuatan itu.” – Hadis riwayat Muslim.

Mengenai perkuburan Nabi s.a.w terdapat di dalam Masjid Nabawi, pada asalnya kubur baginda berada di dalam rumah Aisyah r.a. Setelah berlakunya peredaran zaman dan pemerintahan silih berganti, perluasan masjid menjadikan kubur baginda termasuk di dalam perkarangan masjid dan demi kemaslahatan agama.

Wallahu a’lam.

Tuesday, July 8, 2008

Assalamualaikum,

Sekadar renungan..............

Tekanan emosi, jiwa dan perasaan itu merupakan lumrah hidup. Setiap orang pasti mengalami peristiwa yang menjadi punca emosinya tegang. Ini disebabkan pelbagai perkara. Itu semua ujian ALLAH kepada semua makhluk-NYA. Sesiapa yang sabar dengan memohon agar ALLAH membantunya dalam segala urusan, maka dia akan beroleh ganjaran dan syurga ALLAH.

Orang Islam sentiasa diuji dengan pebagai cubaan, kesedihan, kegelisahan, dan tekanan emosi. Dengan itu DIA akan meingkatkan darjat kita. Firman ALLAH S.W.T:

"DIAlah yang telah Mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)."Surah al-Mulk: 2.

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ketenangan jiwa adalah memperbanyakkan amalan soleh seperti solat sunat, zikir, puasa, doa, membaca al-Quran dan sebagainya. Selain itu, meletakkan kecintaan kepada ALLAH, Rasulullah dan menyintai sesama muslim kerana ALLAH semata-mata.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tiga perkara yang sesiapa mendapatnya akan merasakan kemanisan iman: Menyintai ALLAH dan Rasul-NYA melebihi segala-galanya, mengasihi seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti membenci untuk dicampakkan ke dalam neraka."Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Jika ALLAH menghendaki kebaikan pada seseorang, dia akan mengujinya dengan musibah."Hadis riwayat al-Bukhari.

Antara rawatan kepada penyakit kejiwaan ini ialah:

1. Membaca al-Quran setiap hari.

2. Berdoa pada satu per tiga akhir malam dengan merayu agar ALLAH menenangkan jiwa.

3. Istiqamah membaca zikir khususnya zikir pagi dan petang.

4. Menjauhi maksiat.

5. Membanyakkan istighfar.

6. Memperbanyakkan membaca doa menjauhi kesedihan dan tekanan perasaan, iaitu:

Laailaha illallahul 'aziimul haliim laailaha illallahu rabbul 'arsyil 'aziim laailaha illalahu rabbus samaawaati wa rabbul ardhi wa rabbul 'arsyil kariim.

"Tiada tuhan selain ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Lemah Lembut. Tiada selain ALLAH. TUHAN 'arasy yang Agong. Tiada tuhan selain ALLAH. TUHAN langit dan bumi dan TUHAN 'arasy yang Pemurah."Hadis riwayat Muslim.

Menurut Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Jika salah seorang daripada kamu kesedihan ucapkanlah:

Yaa hayyuu yaa qayyum birahmatika astaghits

"Wahai TUHAN yang Hidup yang Kekal. Dengan Rahmat-MU aku memohon pertolongan-MU."Hadis riwayat al-Tirmizi.

Menurut Asmak Binti Umais, Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Mahukah kamu aku ajarkan kalimah-kalimah yang boleh kamu ucapkan ketika dilanda kegelisahan? Bacalah:

ALLAHu rabbi laa usyriku bihi syaian

"Ya ALLAH TUHANku tidak akan aku sekutukan-NYA dengan sesuatu pun."Hadis riwayat Abu Daud.

Menurut Ibn Mas'ud r.a, sabda Rasulullah s.a.w: Sesiapa di kalangan hamba yang ditimpa musibah dan dia berasa dukacita, maka bacalah:

ALLAHumma inni 'abduka wabnu 'abdik wabnu amatik naasiyati biyadik maadhin fiyya hukumuk 'adlun fiyya qadhaa-uk as-aluka bi kulli ismin huwa lak sammaita bihi nafsak au anzaltahu fii kitaabik au 'allamtahu ahadan min khalqik au istaktsarta bihi fi 'ilmil 'ghaib 'indak an taj'alal qur-aana rabii'a qalbi wa nuura sodri wa jilaa-a huzni wa dzahaaba hammi

"Ya ALLAH, aku adalah hamba-MU, anak hamba lelaki-MU anak hamba perempuan-MU. Nasibku ada di tangan-MU. Apa yang berlaku ke atasku adalah ketentuan-MU. ENGKAU telah menentukan untukku dengan Adil. Aku memohon kepada-MU dengan semua nama yang ENGKAU miliki dan ENGKAU namakan Diri-MU. Atau yang ENGKAU nyatakan dalam Kitab-MU atau yang ENGKAU aja kepada salah satu daripada makhluk-MU. Atau yang ENGKAU sembunyikan dalam ilmu ghaib di sisi-MU. Jadikanlah al-Quran yang mulia itu sebagai kehidupan bagi hatiku dan cahaya kepada dadaku, penenang kegelisahanku dan penghapus kesedihanku.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang membaca doa ini) ALLAH AZZA WA JALLA pasti akan menghilangkan kesedihan dan kegelisahannya serta menggantikannya dengan kebahagiaan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, adakah kami perlu mempelajarinya? Lalu baginda berkata: Sudah tentu. Hendaklah sesiapa yang mendengarnya mempelajarinya."

Dan banyak lagi zikir-zikir lain yang boleh menenangkan kesedihan dan kegelisahan. Dapatkan buku-buku doa menurut al-Quran dan sunnah. Antaranya Hisnul Muslim, karangan al-Qahtoni dan al-Azkar karangan Imam al-Nawawi.

Wallahu a’lam.

Tidak Berdoa Dan Membaca Surah

Assalamualaikum,

Sekadar renungan..............

Berdoa selepas berwuduk bukan termasuk syarat sah tetapi ia termasuk sunnah Rasulullah s.a.w. Menuruti sunnah bermakna kita telah menghimpunkan banyak kebaikan untuk menghadapi hari akhirat kelak.

Menurut Umar bin al-Khattab r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Sesiapa berwuduk dan memperbaguskan cara berwuduk kemudian membaca doa: Asyhadu alla ilaaha illallah wahdahu la syarikalah wa asyhadu anna muhammadan abduhu wa rasuluh. Allahummaj’alni minat tawwabin waj’alni minal mutatohhiriin, dibuka kelapan-lapan pintu syurga dan dia kelak dibenarkan masuk dari mana-mana pintu yang dikehendaki.”Hadis riwayat Muslim.

Begitu juga perbuatan membaca surah selepas al-Fatihah. Ia termasuk sunnah tetapi solat tetap sah tanpa membacanya. Mengikuti sunnah lebih afdal berbanding meninggalkannya. Sedangkan, Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah meninggalkannya dan memerintahkan kita agar menunaikan solat seperti apa yang disifatkan oleh baginda:

“Kamu semua hendaklah mengerjakan solat seperti apa yang kamu telah melihat aku kerjakannya.”Hadis riwayat al-Bukhari.

Wallahu a'lam.

Sunday, July 6, 2008

Qadak Solat

Assalamualaikum,

Sekadar renungan..............

Tidak perlu mengqadak solat apabila ditinggalkan secara sengaja menurut pendapat paling sahih antara perselisihan. Meninggalkan solat secara sengaja terkeluar dari kalangan umat Islam dan keadaan ketika dia meninggalkan solat dianggap sama seperti golongan kafir.

Sabda Rasulullah s.a.w :
“Beza antara orang beriman dengan orang yang kufur atau syirik ialah meninggalkan solat.”Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Jadi, jelaslah kepada kita bahawa sesiapa meninggalkan solat bermakna dia termasuk di kalangan orang yang kufur. Bukankah amalan orang kafir dan musyrik itu tidak diterima selagi tidak bertaubat? Justeru, dia wajib bertaubat dengan taubat nasuha dan meninggalkan perbuatan itu. Sama juga seperti kuffar dan musyrik yang wajib bertaubat dan meninggalkan perbuatan kufur dan syirik itu. Selepas itu, golongan ini hendaklah memperbanyakkan amal soleh untuk memberatkan timbangan amalannya.

Selain itu, dalam riwayat yang lain menceritakan bahawa Nabi s.a.w tidak pernah memerintahkan golongan kuffar yang kembali kepada Islam mengqadak solat mereka. Begitu juga para sahabat seperti Abu Bakar al-Siddiq r.a. Ketika menjadi khalifah, beliau tidak memerintahkan orang yang telah murtad mengqadak solat apabila kembali kepada Islam.

Wallahu a’lam.

Cinta Sebelum Kahwin

Assalamualaikum,

Sekadar renungan..............

Cinta itu adalah suatu perasaan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada setiap insan. Cinta mendorong manusia untuk terus hidup dan mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Islam tidak pernah menghalang sesuatu yang merupakan fitrah. Tetapi Islam memberikan garis panduan agar kehidupan mereka terpelihara daripada kerosakan dan menjamin keamanan mereka. Cinta yang didorong oleh rasa takut kepada ALLAH akan membawa kebaikan dan kebahagian kepada manusia. Sebaliknya cinta yang berlandaskan nafsu tidak akan kekal. Malah akan menyebabkan manusia rasa gundah gulana dan kecewa. Cinta yang sejati dan agung hanyalah untuk ALLAH.

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman: Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka."Riwayat al-Bukhari.

Kewujudan cinta sebelum membuat keputusan untuk mengahwini seseorang itu penting dan dituntut oleh syarak. Rasulullah s.a.w menyarankan agar mereka yang ingin berkahwin melihat wanita yang ingin dikahwini terlebih dahulu. Hal ini pernah berlaku kepada seorang sahabat Nabi, iaitu al-Mughirah bin Syu'bah. Beliau memberitahu baginda bahawa beliau ingin mengahwini seorang wanita. Lalu baginda menyarankan agar beliau melihat dahulu wanita itu kerana ia boleh mendatangkan perasaan cinta kepada pasangan yang ingin dikahwini. (Rujuk al-Tirmizi: 1087. Diklasifikasikan sebagai hasan oleh al-Nasai).

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Tidak kami dapati pada dua orang yang sedang bercinta itu (lebih baik daripada) nikah." – Riwayat Ibn Majah dan diklasifikasikan sebagai sahih oleh al-Busoiri dan al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah: 624.

Al-Sindi r.h berkata :
"Hadis itu boleh merujuk kepada dua orang atau lebih. Maksudnya, jika timbul perasaan cinta antara dua manusia yang berlainan jenis, cinta itu tidak akan bertambah atau bertahan lama tanpa ikatan perkahwinan. Jika terjadi perkahwinan atas dasar cinta itu, ia akan bertambah kuat dari hari ke hari."
(Rujuk: Nota kaki Sunan Ibn Majah).

Konsep cinta dalam Islam sangat unik, iaitu menyintai sesuatu atau seseorang hendaklah kerana mencari keredhaan ALLAH dan menurut peraturan syarak. Islam mengajar kita bahawa perkahwinan adalah ikatan yang suci, tepat dan satu-satunya cara yang dibenarkan oleh syarak dalam menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita. Jika seorang lelaki benar-benar ingin mengambil seorang wanita menjadi isteri, dia perlu melihat wanita itu dengan keizinan wali dan ditemani mahram.

Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis Ibn Abbas r.a : "Seorang lelaki tidak boleh berdua-duaan dengan wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya."Riwayat al-Bukhari.

Berhubung dengan batasan aurat bakal isteri, jumhur ulama berpendapat, hanya dibolehkan melihat wajah dan kedua tangan hingga ke pergelangan. Al-Auza'i berpendapat, dibolehkan melihatnya kecuali aurat, Ibn Hazm berkata, boleh melihat bahagian depan dan belakang wanita itu.

Menurut Ibn Qayyim, terdapat salah satu riwayat Imam Ahmad yang membenarkan bakal suami melihat apa yang zahir daripada tubuh bakal isteri seperti leher, betis dan sebagainya. Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn Qudaamah dan al-Hafiz Ibn Hajar r.h. (Tahziib al-Sunan, ms: 25 – 26, al-Mughni, jil: 7, ms: 454 dan Fath al-Baari, jil: 11, ms: 78).

Antara pendapat ulama tentang batasan aurat bakal isteri ialah :
Menurut Imam Syafie, tidak boleh melihat wanita yang ingin dikahwini tanpa menutup kepala (memakai hijab). Dia boleh melihat wajah dan tangan hingga ke pergelagan sama ada dengan keizinan atau tanpa keizinannya. (Al-Haawi al-Kabiir, jil: 9, ms: 34).

Imam al-Nawawi berpendapat dalam Raudhah al-Tolibin dan 'Umdah al-Muftin, jil: 7, ms: 19 – 20, sunat melihat bakal isteri agar seorang lelaki itu tidak menyesal setelah berkahwin dengannya… dibolehkan melihat berkali-kali dengan izinnya atau tanpa keizinannya. Jika masih tidak berpuas hati, dia dibenarkan mengutus wanita lain untuk melihatnya dan menerangkan sifat-sifat wanita itu kepadanya. Wanita juga dikehendaki melihat bakal suami agar apa yang disukai oleh bakal suami, disukai juga oleh dirinya terhadap bakal suami itu.

Abu Hanifah pula berpendapat, dibolehkan melihat wajah, tangan dan kaki. (Bidayatul Mujtahid wa Nihaayatul Muqtasid, jil: 3, ms: 10).

Pendapat ini juga dipersetujui oleh Ibn Rushd. Jumhur ulama membenarkan melihat wajah dan tangan kerana wajah merupakan sumber kecantikan seorang wanita dan tangan pula boleh menggambarkan tubuhnya sama ada langsing atau sebaliknya.

Berhubung dengan percintaan sebelum kahwin yang banyak berlaku di banyak Negara Islam diambil dari budaya barat, ia mempunyai banyak kesan negatif berbanding positif. Dalam Islam, lelaki dan wanita yang tidak ada sebarang pertalian darah (mahram) tidak boleh membuat sebarang perhubungan, sentuhan, keluar berdua-duaan (dating) atau sebagainya tanpa ikatan yang sah. Sudah banyak pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kita betapa cinta yang berlandaskan keinginan nafsu tanpa panduan syarak gagal di pertengahan jalan.

Ramai yang menjadi buta kerana cinta. Orang yang sedang bercinta selalunya tidak dapat menilai sesuatu dengan baik kerana ditutup oleh perasaan itu. Mereka seolah-olah berada di awang-awangan. Akhirnya setelah berkahwin, barulah mereka tersedar siapa sebenarnya pasangan yang mereka cintai selama ini. Mereka juga mula menyedari bahawa pasangannya itu bukanlah sebaik yang disangka. Sebab itulah boleh dikatakan satu pertiga perkahwinan di barat berakhir dengan perceraian.

Cinta yang berpandukan kecintaan kepada ALLAH akan membahagiakan hati manusia dan menenangkan jiwa mereka. Mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan sanggup mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri semata-mata kerana takut akan azab ALLAH. Mereka yakin sepenuh hati bahawa ikatan cinta yang diredhai itulah yang akan membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup mereka. Kesimpulannya, ingatlah bahawa syaitan sentisa menghiasi indah sesuatu maksiat. Padahal ia amat keji di sisi ALLAH.

Orang yang bercinta selalu lupa diri kerana telah terikut jalan syaitan. Bukanlah cinta itu yang mesti diperangi kerana ia fitrah dan pendorong utama manusia hidup di dunia ini. Tetapi, tindakan melanggar hukum syarak akibat cinta yang tidak terkawal itulah yang perlu dihindari. Mudah-mudahan ALLAH memberi petunjuk kepada muda-mudi hari ini kepada jalan yang lurus dan diredhai-NYA.

Wallahu a’lam.

Terlalu Ingatkan Kematian

Assalamualaikum,

Sekadar renungan..............

Mengingati kematian adalah sesuatu yang baik kerana ia merupakan cara kita lebih bersemangat untuk melakukan ibadah dan melakukan kebaikan. Sesungguhnya mati pasti akan ditempohi oleh setiap insan dan memang patut diingati selalu. Firman ALLAH S.W.T:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya."Surah Ali 'Imran: 185.

Tiada siapa boleh lari daripada mati. Setiap kita hendaklah bersedia menghadapinya setiap ketika. Kerana tiada siapa yang mengetahui waktunya. Firman ALLAH S.W.T:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu." - Surah al-Jumu'ah: 8.

Mengingati mati adalah sesuatu yang baik. Bukan perkara yang tidak baik. Dengan itu dia akan membuat persiapan untuk menghadapinya dengan memperbanyakkan amal soleh dan meninggalkan larangan ALLAH.

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Perbanyakkanlah mengingati perkara yang memusnakan kenikmatan (kematian)."Hadis sahih riwayat al-Tirmizi, al-Nasai dan Ibn Majah.

Wallahu a’lam.

Hukum Mandi Bunga

Assalamualaikum,

Sekadar renungan..............

Mandi bunga bukanlah suatu yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat dan salafussoleh terdahulu. Ia berasal daripada kepercayaan lama yang dipegang oleh orang Melayu, kononnya untuk membuang sial dan menaikkan seri wajah.

Melakukan mandi bunga atas dasar para pakar perubatan telah mengesahkan kebaikan dan khasiatnya kepada tubuh badan, bukanlah satu kesalahan. Yang salah ialah berjumpa bomoh atau pawang dan meminta dimandikan dengan membaca mentera tertentu untuk menaikkan seri wajah. Semua mentera yang dibaca oleh para bomoh itu kebanyakannya ada unsur syirik dan khurafat. Rasulullah s.a.w melarang umatnya berjumpa bomoh dan mempercayai kata-katanya. Oleh itu hindarilah dosa yang membawa kepada syirik kerana ia merupakan salah satu dosa yang tidak diampunkan.

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Sesiapa yang mendatangi tukang tilik atau bomoh, lalu percaya kepada apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi Muhamad s.a.w."Hadis sahih riwayat Abu Daud dan Ashab al-Sunan.

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Sesiapa yang mendatangi bomoh, kemudian bertanya kepadanya sesuatu, solatnya tidak akan diterima selama 40 hari."Riwayat Muslim.

Tidak ada ayat tertentu yang boleh dibaca untuk mempercepatkan jodoh. Al-Quran mempunyai misi yang lebih besar daripada itu, iaitu sebagai petunjuk kepada sekalian alam dan menyelamatkan umat manusia daripada Neraka. Ia tidak akan membincangkan hal remeh-temeh seperti mencari jodoh atau menyerikan wajah.

Oleh itu, jika saudari benar-benar ingin berkahwin kerana menghindari maksiat, mohonlah kepada ALLAH agar mempermudahkan jalan ke arah itu. Semoga DIA mempertemukan saudari dengan seseorang yang soleh. Saya mengesyorkan saudari berdoa pada masa-masa doa dimakbulkan. Antaranya pada penghujung malam, ketika bermusafir, selepas solat Asar pada hari Jumaat, pada hujung solat sebelum salam, antara azan dan iqamah, ketika sujud, ketika hujan, ketika hampir berbuka puasa dan sebagainya.

Mintalah kepada ALLAH dengan bersungguh-sungguh tanpa rasa putus asa. Di samping itu, janganlah terlalu mengharap doa itu dikabulkan segera. Teruskan berdoa dengan penuh yakin dan bersangka baik dengan TUHAN. Insya-ALLAH DIA akan membuka jalan dan memudahkan jodoh saudari.

Wallahu a’lam.

Friday, July 4, 2008

Menggunakan Jin Dalam Perubatan

Assalamualaikum,

Sekadar renungan..............

Menurut pemahaman saya(Ustaz Mohd Noor), meminta pertolongan jin atau menjadikannya sebagai qarin (pendamping) untuk menunaikan hajat sama ada memudaratkan seseorang atau memberikan manfaat termasuk perbuatan syirik dalam ibadah. Ia termasuk kategori istimta’ (mempergunakan jin) sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

“Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya) ALLAH akan himpunkan mereka semua (lalu berfirman): Wahai sekalian jin (syaitan-syaitan)! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut daripada kalangan manusia. Berkatalah pula pengikut-pengikut mereka daripada golongan manusia: Wahai TUHAN kami! Sebahagian kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat khidmat) dengan sebahagian yang lain (syaitan-syaitan) dan sekarang kami telah sampai kepada masa kami (hari kiamat) yang ENGKAU telah tentukan buat kami. (ALLAH berfirman): Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal di dalamnya kecuali apa yang dikehendaki ALLAH. Sesungguhnya TUHANmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana lagi Maha mengetahui”. – Surah al-An’am: 128.

Dalam ayat lain:

“Sesungguhnya (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat”.Surah al-Jin: 6.

Tidak pernah dinukilkan salafussoleh mengamalkan perubatan menggunakan jin atau diistilahkan sebagai qarin dalam perubatan atau kehidupan harian. Menurut kefahaman saya, jelas sekali ia termasuk kesyirikan dan amal ibadah tidak diterima selagi tidak bertaubat berdasarkan firman ALLAH di dalam surah al-Zumar, ayat 65.

Wallahu a’lam.

Ziarah Kematian Jiran Kafir

Assalamualaikum,

Sekadar renungan..............

Dibolehkan seorang muslim menghadiri kematian orang kafir sama ada ibu, bapa, adik-beradik, orang-orang terdekat. Tetapi, tidak boleh melakukan apa sahaja upaca sembahan sempena kematian mereka.

Zakaria al-Ansari r.a berkata:
"Seseorang boleh menghadiri majlis pengebumian saudara kafir terdekat".

Terdapat riwayat dalam sunan Abi Daud menyebut, Ali r.a berkata:
"Ketika Abu Talib (bapa saudara Nabi) meninggal dunia, aku datang kepada baginda dan berkata: Bapa engkau yang tua dan tidak mendapat petunjuk itu telah meninggal dunia. Baginda bersabda: pergilah kebumikan dia". –Riwayat al-Nasai.

Al-Azraai berkata:

"Orang terdekat termasuk juga hamba dan isteri..."

Dibolehkan juga menziarahi pusara orang kafir. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah s.a.w berkata:
"Aku meminta keizinan ALLAH agar dia mengampunkan ibuku tetapi DIA tidak memberikan keizinan itu. Aku minta kebenaran untuk melawat pusaranya, lalu DIA membenarkan". (Asnaa al-Mataalib Sharh Rawd al-Taalib, part 1, Fasl: Mashiy al-Mashee liil-Janaazah).

Kesimpulannya, selagi seseorang yang menyertai majlis itu tidak melakukan apa-apa yang haram, maka perkara itu harus.

Wallahu a’lam.